Thursday 15 December 2011

intro dlu :)

F.A.T.i.M.A.H A.Z.A.H.A.R.A.H nama yang diberi kepada seorang hamba allah yg dilahirkan pada 6 july 1992 (sama ngn bush kot) dan berzodiak cancer. Pernah ada orang tanya aku "weyh,x malu erh nama hang macam orang tua" kakakaka (gelak ku mmg udoh sikett.. maap!) the answer is YES! gara2 soalan mu lohh ambo raso gitu (asal klate lak neh). Tapi thanks ya kawan.. sebab kamu lah ku terlalu bangga dengan nama itu sekarang! sbb aku rasa cun bila guna nickname 2... dan aku terharu kerana mak abah ku pilih nama anak bongsu nabi Muhammad SAW untuk aku.

Dulu-dulu sewaktu zaman muda remaja ku (skrng pn muda pa.. akakka) sebenarnya aku dah ada blog tapi blog tu lebih kepada life aku. POYO.! Aku pn menyampah kot blog lama ku. sedih sangat ! kalau tarentella picture (geng wat ombak rendu tu..) baca blog ku dluuu~~ KONFEM! blog ku yang diorg wat movie.. kakaka. Aktiviti blogging ni sebenarnya diintroduce kan kat aku oleh kawan baik aku.. dialah wat semangat ku mebuak-buak walaupun aku type LEMBAB sampe kura-kura pun boleh give up.. tp sayang dia juga lah yg mematikan semangat tu.. tapalah mungkin itu yang terbaik. Buat bekas kawan ku yang pernah jadi tempat aku bercerita.. tempat mengumpat (patut lah dia x suka aku !).. dan pernah menjadi kawan yang aku kagumi.. aku mintak maaf kalau hati ini pernah membenci dirimu (gilerrrr sediihh.!) kita lupa saja suma yang dah jadi. Semuaaaaa orang buat silap and everybody deserves a second chance..

Kali ini aku nak start blogging balik! Diinspired oleh seorang blogger yang penulisannya WOW! Tiada niat di hati nak lawan Maria Elena (tapi hidup dia bahagia betul) atau matluthfi90 (yang ni lagi style kot). Hanya nak mencari ilmu dan berkongsi ilmu. Selain itu (giler SKEMA) nak lah juga mem'polish' otak yang dah berkarat akibat terdedah kepada udara dan air (???) Insyaallah post2 seterusnya akan bersifat lebih ilmiah sebab aku kan SKEMA! kakakak.. dan post2 dari aku rasanya tidak lah menggunakan bahasa2 high standard yang memerlukan kamus dewan atau oxford dictionary berada di sebelah sebab aku tidak lah sehebat mana...

pesanan dari hati ::
kalau ada sebarang teguran atau perkongsian dengan bangganya dipersilakan.